ANDA DI MINTA MENINGGALKAN JEJAK SETELAH MELAYARI BLOG INI.. THANKS AND HAPPY SURFING!!!

Wednesday, April 29, 2009

Latest download mp3

1. Faizal Tahir - Bencinta.mp3
2. Kamikaze - Beri Aku Cinta.mp3
3. Alan - I'm Yours (versi melayu).mp3
4. Nubhan - Seadanya Aku.mp3

Saturday, April 25, 2009

Santai Klik Suria @ Desa Water Park

25 April 2009 gua menang 4 tiket event Suria FM bersantai dengan DJ, Artis dan klik suria kat Desa Waterpark. So aku pun bwk la 2 anak kesayangan aku tu ngan Omak mertuo den skali.. Wife aku tak ikut sbb busy sgt tah kursus la, peksa la, mcm2 hal.. Yelah kawin ngan cikgu macam nie la... kitaorg smpi kul 8.30 pagi rupanye meja registration pun tak bukak lagi.. takpe sabor byk2.. benda free.. hehe.. door gift dpt la 4 helai baju, 4 tiket masuk dan makan minum disediakan.. kan best tu... pengacara majlis Akhtar dan Bob Ringgo... aku rasa semua penyampai Suria dtg kecuali Zaff dan Myra jer yg xde.. Antara acara sukaneka F1, lumba kayak, isi air dlm balang (bdk2 bwh 12 tahun jer tp akthar jadi peserta mcmana cerita nie??)dan tarik tali dalam air.. semua game huru hara terutama lumba kayak tu hanyut tah kemana-mana!!! gua join rumah biru team leader DJ Seri.. patut la tak menang seri je manjang.. huhu.. artis yg join rumah biru Zehra Zambri.. Untuk ahli rumah Biru terima kasih byk2, mmg kita saje bg diaorg menang.. kesian kat diaorg..hehe.. Kalah pun dapat gak hadiah.. Mmg happening event nie lain kali buat lagi ek.. gambar lain nanti gua update..




Video yang diambil oleh kapten Faqrul.


Nampak kurus aku dalam gambar nie.. huahuahua..

Rooney & Ronaldo yang pantang jumpa kolam mandi..

THANKS SURIA FM, PEACE YO!!!

Saturday, April 18, 2009

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.
Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka....


Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih...

CREEP cakap "perghh kalau kilang aku buat memo macam nie memang komfom kilang kene bakar!!!"

Sunday, April 12, 2009

PD brainstorming Camp!

Aku ngan budak2 aku plan buat outing kat PD saje nak tenangkan otak yang dah makin serabut macam sabut kelapa.. kat tmpat keje makin sakit mata aku mandang gun, robot, bobo lahanat, zafwan, target tinggi, ishhh sakit kepala wei..!!! so takde hotel2 xde chalet2 just khemah gamble gitu jer.. aku layan jer...ok set!!!

11 April 2009 bertolak ke PD jam 6 ptg setelah delay 4 jam!!!! (koling punyo janji pun x mcm nie) 7 org involve pegi 2 kereta.. Ok gak buat camping mcm nie mmg huru hara laa.. tapi Alhamdullilah semuanya berjalan lancar tanpa masalah... Sampai sana Maghrib terus setting khemah. pastu bagi2 tugas 3 orang kene cari kayu api.. cari kayu naik keta wa cakap lu.. tu pun dapat la sikit.. abis jahanam pokok kat PD tu...


Dalam pukul 8 lebih hujan pulak turun!!! tapi nasib baik kejap je.. kejap pun kuyup gak khemah.. pastu sesi barbeque pun bermula dengan pertelingkahan menghidupkan api arang... stengah jam bergaduh nasib baik idup arang tu.. kalau tak aku simbah petrol jer... huhu.. selesai bakar ayam sorang beli nasi putih makan ramai2.. Nik baca doa.. Alhamdullilah.. selesai makan masing2 dok pakat kira bintang kat langit.. Tak sampai stengah jam dah dengar orang berdengkur.. Laaa Nik dah tido.. masa tu air laut pun dah surut.. nyamuk pun dah mula menyerang.. Pelik aku Nik bole relek jer...?? khirma jgn cerita la menjerit kene gigit nyamuk.. apa laa..

Dah bosan berborak Janggut main gitar plak.. tapi sorang tak reti nyanyi... huhu.. sudahnya nyanyi lagu 'rasa sayang'.. lawak tul... mata baru nak lelap datang plak mat rempit seremban parking sebelah kitaorang.. memokak yo.. tiba2 salah sorang budak2 tu bawak gitar sorang lagi main seruling... peh lagu.... syahdu... terpegun Khirma...hehe... lagu trilogik cinta tuu... dan akhirnya mata aku pun lelap gak laa tido2 ayam... makin malam makin banyak khemah.. meriah beb!!! termasuk mat motor tu tiba2 plak aii dah macam orang kono sawan.. tah apa yang diaorg makan tak tau plak aku bole jadi macam tu...

esok pagi2 aku antara yang bangun awal.. kitaorg nie nama je bwk khemah tapi tak guna pun.. tido pun kat luar khemah.. 3 org tido dlm keta. aktiviti pagi tu just mandi laut.. main bola sepak pantai.. tanam Khirma dalam pasir.. dalam kul 9 lebih singgah muzium tentera jap ambik gambar pastu sapapan pagi kt kedai sebelah petronas.. pastu balik Shah Alam.. kenapa balik awal? sebab esok kitaorg kene kerja pagi.. tu yang balik awal tu tapi mmmm hampeh jugak...

Suasana PD waktu bangun tido.. nyamuk.. perghh mengganas..!!

dah macam budak tadika perangai masing2 aku tgk.. huhu


Sape pulok sebelah aku tuuu...???


Muke2 POYO...


Lagi gambar2 klik kat sini PD Brainstorming Camp

Saturday, April 11, 2009

Kawan Tapi Musuh!!!

Assalamualaikum kawan-kawanku...
Hari nie aku nak memperkenalkan salah seorang fan ARSENAL yang 'PALING POYO' yang pernah aku jumpa di muka bumi nie... Memang poyo la mamat nie... Gambar nie dia yang suruh aku ambik dengan harapan Andrei Ashavin dapat tengok gambar poyo dia nie kat internet dengan apron kerja dia yang dah macam belacan tu .. HUA..HUA..HUA... Ashavin nak tgk blog aku??? tak payah laaa tapi kalau C.RONALDO yang tgk takpe... Sebab gua M.U. beb!!! hehehe
..

Nie la Kerill Fan Arsenal yang poyo tu
Suspek utama letupan tong gas kat welding shop!!!

CHAMP 09' konon piiraahh mabuk!! huhu
www.arsenal.com

Sunday, April 5, 2009

Honda Civic Mugen RR GIRIN-2009

lawa siot keta nih...



Disclaimer

All mp3's are up for promotion purposes only. They cannot match ORIGINAL quality, if you love the song, we strongly encourage you to buy their album for support. If you are authorized representator for respective artist/band and wish us to remove the file; please contact blog author by sending email to wak_ronaldo@yahoo.com

This blog is part of author effort to promote & support the music. PLEASE DELETE THE FILE IN 24 HOURS AND BUY THE ORIGINAL ALBUM TO SUPPORT THE ARTIST AND INDUSTRY.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP