ANDA DI MINTA MENINGGALKAN JEJAK SETELAH MELAYARI BLOG INI.. THANKS AND HAPPY SURFING!!!

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum.. rasanya lama tul aku tak menulis kt blog nih... sejak beberapa bulan ni byk perkara2 yg baik berlaku dan alhamdullilah semoga rezeki kami sekeluarga bertambah baik.. Hari ni 30 Ogos 2011 umat islam menyambut hari raya.. Seperti hari raya sebelum2 ni sama jer jalan ceritanya cuma sykur tahun ni wife aku dapat turut serta dalam solat sunat hari raya.. syukur jugak tahun ni raya tak jatuh pada hari dia dialisis..so dapat la dia beraya klu tak macam tahun lepas pagi raya aku kene hantar dia ke hospital kemudian aku yg menguruskan anak2 dan bersembahyang raya di Masjid Negeri..
 
Dalam kesempatan ni aku nak mintak maaf pada sesiapa yang rajin singgah kt blog aku ni Maaf Zahir Batin jika ada terkasar bahasa dan tersinggung hati dengan apa yang aku coretkan selama ni..semoga kalian semua diberkati Allah SWT...Amin...

Thursday, July 7, 2011

Susahnya hidup..


  • Betapa susahnya hidup yang sementara ini.
  • Betapa susahnya hidup, bila perkara yang begitu mudah bagi orang lain, susah untuk kita.
  • Betapa susahnya hidup, bila kita terpaksa pilih antara dua yang paling kita sayang.
  • Betapa susahnya hidup, bila hati kita terluka selalu.
  • Bila semua lihat kita ada apa yang kita mahu, tapi sebenarnya kita tak punya apa-apa.
  • Bila kita tengok mereka bersama dengan orang yang mereka sayang. Dan tiba-tiba dunia ini milik mereka. Dan mereka tersenyum puas.
  • Betapa susahnya hidup bila kita hanya mampu memandang.
  • Betapa susahnya hidup ini bila kita rasa baik saja hidup di dunia di sementara ini dipercepatkan. Tak payah lalui semua rasa perit.
  • Betapa susah kalau selalu rasa nak tamatkan semua. Tapi tak mampu.
  • Sesungguhnya manusia hanya layak menghadapi kebahagiaan dan bukan kesusahan. Tapi Tuhan buat ujian untuk manusia sebagai menguji ketabahan hati.
  • Semoga aku tabah dalam dunia yang sementara ini...
Hidup tidak selalu indah....  justeru, di situlah keindahan hidup!

    Thursday, June 2, 2011

    Aku bersyukur padaMU..

    Bila kita ketawa, org taktau itu hanya luaran.
    Bila kita menangis, org tertanya2 mengapa kita menangis.
    Bila kita sedih, org taktau apa punca kesedihan kita.
    Bila kita bahagia, ada jgk yg dengki dgn kebahagiaan kita.

    Apapun aku bersyukur, Tuhan beri aku peluang merasai semuanya.
    Aku tak pernah kesal dgn apa yg dah berlaku, malah aku berasa beruntung kerana Tuhan peduli pd aku. Sekurang-kurangnya, aku dpt mengecapi asam garam hidup dan pelbagai warna malah menjadikan perjalanan hidup ini penuh bermakna. Inilah nikmat dunia yg Tuhan kurniakan kpd aku. Biarpun hidup ini adalah pinjamanNYA tuk kita namun segalanya telah ku lalui dgn redha. Terima kasih YA ALLAH..aku bersyukur padaMU..


    Thursday, May 26, 2011

    Wednesday, May 4, 2011

    Selamat Pengantin Baru Encik Rabbit!

    30 April 2011 baru2 nie aku ada job kat Segamat, abang kepada kakak ipar aku kawin.. job kali ni aku pegi dengan penuh keyakinan sebab ada beberapa tips yg aku dah pelajari sewaktu menghadiri bengkel fotografi Adhadi di panggung Anniversary... so nilah gambar2 yg dpt aku upload kat sini.. next week job kat kolo pilah plak.. yang akan dtg ni mmg agak mencabar jugak la sebab eh ada buat video skali.. so, tunggu yo lah hasil eh..








    Tuesday, April 26, 2011

    Adhadi Potraiture Workshop | Tasik Perdana

    24hb april 2011 baru2 ni aku dapat join kelas fotografi Adhadi Mohd. dia buat workshop percuma untuk sesiapa saja yang nak tambah ilmu dalam bidang fotografi ni.. dan mmg ni pun yang aku tunggu2 sbb ramai otai2 bidang ni turut serta berkongsi ilmu dan pengalaman masing2 walaupun tak sepenuhnya sekurang2nya dapat membantu orang mcm aku ni menggunakan kamera dengan betul dan cara mengambil gambar melalui sedut yang betul.. sebelum ni aku belasah jer ingat dah cantik sgt dah tu rupanya cara aku tu ada yang tak betul..

    Dalam workshop ni byk tunjuk ajar yang diberikan tertama dari Adhadi sendiri dan kawan2 dia yang lain mcm Napie Mokhsin yang terkenal dengan shoot wedding dalam air tu, bro Ted Adnan yang famous dengan teknik cahaya.. dan ramai lagi la.. so ni lah hasil gambar yang dapat aku rakam pada hari tersebut...













    Memang agak penat skit pagi tu tapi cuaca sangat cantik dan yg penting satu pengalaman yg betul2 bermanfaat bagi aku as newbie dlm bidang nih..

    Monday, April 18, 2011

    Edit gambar manipulasi (menipulagi)

    Aku suke ambik gambo.. Sejak setahun aku pakai kamera mmg mcm2 aku explore.. dari ambik gambo suke2 sampai la ke majlis2 org kawen semua aku belasah... janji aku dapat satu kepuasan bagi diri aku.. Bila dah ambik gambo x semestinya gambo cantik terus.. disebabkan aku belum mampu nak pakai Canon 5D Mark II full frame, gambo yang aku ambik setakat lawa camtu jer..(lawa la sangat...) so, untuk membuatkan gambo tu lebih menusuk jiwa raga kene la edit.. aku sebenarnya cukup minat dengan kerja2 edit gambar yg aku ambik sendiri.. pastu letak kt FB bagi org komen.. kene tahan la dengan komen2 pedas diaorg kalau nak maju...

    Antara idola aku yg power2 edit bro Kukubesi, Sazlishot, Saiful Nang dan rakan2 sekerja yg byk membantu sebenarnya.. Terus terang aku cakap aku belum ada kesempatan lagi nak masuk mana2 kelas belajar sume2 nih.. apa yg aku buat skrg aku belasah jer.. kita bakor jer!!!




    So, ini la hasil kerja aku stakat ni.. akan datang sok kalau dah power mungkin aku jadikkan gambar2 ni sejarah di awal penglibatan aku dalam bidang ni yg sememangnya dah jadik minat aku sejak dulu2 lagi..

    Saturday, April 2, 2011

    Saturday, January 1, 2011

    Selamat datang 2011..


    Selamat Tinggal 2010.. Selamat Datang 2011.. Azam aku tahun ni nak jadik kaya.. (bole ker?) tak kaya pun x pe la janji aku dpt memperbaiki lagi aku punya income tahun ni.. mmg x mustahil kalau nak kaya.. tapi skrg biarlah aku kaya ngan budi bahasa dulu..hahaha..

    Danial dan Danish akan kembali bersekolah isnin ni... bagi diaorg mmg xde masalah nak sekolah masalahnya kita yg jadik mak bapak ni yg botak kepala.. diaorg punya kos nak sekolah x cukup seribu hingget.. dasat tul zaman skrg ni.. tu belum citer yuran sana sini ngan tiusyen & transport lagi tiap2 bulan.. tu kalau blajar tak pandai x tau la nak cakap.. dah byk abis duit ayah ngan ibu ko nih.. Belajar rajin2 ye nak..

    Tahun 2011 ni jugak keje aku dah bertambah.. makin berumur ni makin susah keje yg diaorg bagi aku.. tapi nak wat camner dah sebagai seorang kuli aku layan ajer la nak melawan pun x guna.. paham2 aje la kalau melawan ckp diaorg ni.. macam2 dia buat kita balik.. lantak korang la janji aku keje ikut mampu aku.. x larat aku mc.. jgn nak bising2 kt aku sok..

    Harapan aku 2011 ni aku nak pelbagaikan lagi sumber kewangan aku... x bole aku nak harap gaji keje Toyota aje.. silap2 nak tunggu gaji lagi sebulan nak makan roti canai pun x lepas.. hahaha.. Mudah2an aku berjaya dgn plan yg dirancang dipermudahkan segala urusan.. INSYAALLAH...

    Sunday, December 19, 2010

    Thursday, December 16, 2010

    Puasa 10 & 11 Muharam (in SMAKJ memories..)

    ingat lagi dulu masa aku sekolah kt SMAKJ ktorg slalu puasa pada hari2 penting camni.. Tu x termasuk puasa setiap isnin & rabu.. Mmg seronok sgt masa tu sbb kwn2 pun buat benda yg sama so aku follow aje la diaorg.. Syukur sgt aku dpt sekolah kt situ dpt byk pengalaman yg btl2 mengajar erti hidup.

    Sesekali teringat member2 lama dulu bidin, gether, halim surip, halim sarmin, bad, yusri, apa citer korang skrg ni ek? Xde fb susah aku nk cari korang.. Tu blom citer ustaz2 yg ngajor dulu.. Ustaz Bakar, arwah Ustaz Ramian, ustaz Andik.. Ish2..ramai tul nama2 yg wajib aku kene ingat seumur hidup aku ni..

    Hari ni hari Asyura, memandangkan mggu ni aku keje mlm dpt gak aku puasa hari ni.. InsyaAllah jika ada kelapangan mungkin akan aku ceritakan pengalaman yg dah aku lalui masa kt sek ni moga2 boleh diceritakan utk anak2 aku bila aku dah xde sok..

    Encik Creep : Teringat plak kt bubur asyura.. Sedapnya lama dah aku x makan.. Kt mana la aku nk carik...ish..!

    Wednesday, December 15, 2010

    Tuesday, December 14, 2010

    Aku Mencintaimu..

    Aku mencintaimu kerana sifatmu yang ceria
    menjadi semangat yang menyala di dalam hati ini
    tapi kemudian aku bertanya
    bila keceriaan itu kelam dirundung duka
    seberapa muram cintaku kan ada?

    Aku mencintaimu kerana ramah hatimu
    memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
    tapi kemudian aku bertanya
    kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
    seberapa mampu cintaku memendam dugaan?

    Aku mencintaimu kerana bijaknya dirimu
    membuatku yakin pada keputusanmu
    tapi kemudian aku bertanya
    ketika kecerdasan itu beransur hilang
    seberapa bijak cintaku untuk tetap mengharapmu

    Aku mencintaimu kerana sifat manja yang kau miliki
    menyematkan rasa bangga ku yang mengenalmu
    tapi kemudian aku bertanya
    jika di tengah itu rasa manjamu pudar
    seberapa cintaku tetap bersamamu?

    Aku mencintaimu kerana tegarnya sikapmu
    menambatkan rasa kagum pada kukuhnya pertahananmu
    tapi kemudian aku bertanya
    andai ketegaran itu rapuh di terpa badai
    seberapa kuat cintaku bertahan?

    Aku mencintaimu kerana pengertian yang kau berikan
    menumbuhkan ketenangan kerana kepercayaan yang kau tanam
    tapi kemudian aku bertanya
    kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
    seberapa ku mampu mengerti cinta ini?

    Aku mencintaimu kerana luasnya danau kesabaranmu
    menambah dalamnya rasa cinta semakin ku mengenalmu
    tapi kemudian aku bertanya
    mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku
    seberapa besar cinta mampu memaafkan?

    Aku mencintaimu kerana keteguhan imanmu
    bagai siradj yang benderang memberikan cahaya
    tapi kemudian aku bertanya kala iman itu jatuh menurun
    seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu?

    Aku ingin mencintaimu kerana kau yang telah ku pilih
    sebagai cinta yang akan ku pegang sepanjang hayat
    tapi kemudian aku bertanya jika hati ini tergoncang
    seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?

    Andai sejuta alasan tak cukup
    untuk membuat cinta ini tetap bersama dirimu
    maka biar ku pinta satu alasan untuk menjaga cintaku..
    Aku mencintaimu kerana Allah..
    kerana Dia kan selalu ada tuk menjaga
    maka cintaku kan tetap utuh dan setia
    hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu
    kerana cintaku pulang padaNya..

    Untuk Isteri yang ku cintai,
    Kata yang ingin ku ucap, ku pegang dan ku pertahankan..

    Bismillahirrahmanirrahiim...

    Aku mencintaimu kerana Allah SWT..

    Thursday, December 2, 2010

    Konvoi W3 CRONYISM 2010 Melaka

    20 November lepas bdk2 tempat keje aku wat konvoi gi Melaka.. disertai oleh 15 buah kereta kitaorg berkumpul di dataran 2 Shah Alam. Skali skala konvoi camni best gak.... objektif konvoi ni sekadar mengeratkan lagi hubungan antara kengkawan disamping merehat2kan kepala yang makin serabut fikir pasal kerja.. konvoi ni ktorg buat simple jer.. xde nak collect2 duit sume perbelanjaan di tanggung sendiri.. cuma pihak Welding Shop yg baik hati sponsor makan tengahari tu dan beg sumbangan Ukulele Malaya.. disertakan dengan kerjasama dari Suria FM dan PDRM.. cuma duit baju je RM 25 kene bayar.. Tempat utama nak pegi adalah Umbai sebab ktorg plan nak makan ikan bakar kat sana.. Kalu nak ikutkan ada polis trafik nak escort tapi dibatalkan di saat2 akhir...

    Berkumpul tepat jam 12 tghari... Pembahagian beg berisi baju + stiker kereta + menghias kereta..


    Ni apa hal plak nie? nak berak ke apa?


    Bacaan doa selamat oleh Tuan Guru Nik Harun


    Menyusun kereta mengikut nombor..


    15 buah kereta bila disusun panjang ooo...


    Kancil hensem yg bakal mengetuai konvoi..


    Memandu dengan penuh semangat dan disiplin yg tinggi..


    Berenti rehat dan makan di Hentian Sebelah Senawang..


    Fadli a.k.a. Kupai kene rantai ngan bini.. huahuahua...!!


    Suasana harmoni walaupun makan tepi jalan..


    Ajib + bendera = poyo


    Peserta konvoi w3 Cronyism


    Saya sayang isteri saya...


    @Masjid Al-Azim Melaka... konvoi2 jugak sembahyang jgn tinggal der..


    Lawa baju konvoi... sape la designer yg wat tu ek? :)


    Makin meriah bandar melaka ni..


    Zaman2 aku duk melaka 12 tahun dulu xde sume menatang ni... mmg betul la dah maju..


    12 tahun dulu ni la tempat gua melepak...


    Mmg sah le dah lama aku tinggalkan melaka ni dah macam2 ada..



    Kat sini la ktorg makan ikan bakar tu.. dgr citer ramai gak artis dah makan kt sini.. antara kedai yg paling top kat umbai.. Parameswara ikan bakar. klu pembaca blog ni nak buat tempahan boleh hubungi En.Rahmat 013-6825718.


    Kedai ni betul2 mengadap laut.. kalau dpt meja tepi laut tu mmg feeling arr..


    Sebahagian besar meja yg kitaorg conquer...


    time makan lupa segala kepenatan...


    En.Stoopa yg berkongsi meja dgn En Wan Zu...


    Aku rasa nak letak jer Giant atas ni..huahuahua!


    Meja ni mencatatkan rekod makan paling mahal mlm tu... RM196 hingget..tp bagi 10 org kira 20 hingget je sorang.. so, xde la mahal sgt...


    Time bayar masing2 getar lutut.. hahahah

    Lepas makan tu konvoi terbahagi dua.. satu group terus balik Shah Alam.. manakala satu group lagi masuk balik bandar hilir lepak2 sampai lebam.. byk cerita lawak konvoi ni antaranya along salah masuk jln lepas ambik tiket tol terus menuju ke jb.. sib baik mmber blakang x ikut.. yg sesat nak cari umbai pun ramai gak..haha.. pengalaman tu beb... next time punya event kita wat lagi dasat InsyaAllah... pasni nk gi mana plak?

    Disclaimer

    All mp3's are up for promotion purposes only. They cannot match ORIGINAL quality, if you love the song, we strongly encourage you to buy their album for support. If you are authorized representator for respective artist/band and wish us to remove the file; please contact blog author by sending email to wak_ronaldo@yahoo.com

    This blog is part of author effort to promote & support the music. PLEASE DELETE THE FILE IN 24 HOURS AND BUY THE ORIGINAL ALBUM TO SUPPORT THE ARTIST AND INDUSTRY.

    About This Blog

    Lorem Ipsum

      © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP