ANDA DI MINTA MENINGGALKAN JEJAK SETELAH MELAYARI BLOG INI.. THANKS AND HAPPY SURFING!!!

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum.. rasanya lama tul aku tak menulis kt blog nih... sejak beberapa bulan ni byk perkara2 yg baik berlaku dan alhamdullilah semoga rezeki kami sekeluarga bertambah baik.. Hari ni 30 Ogos 2011 umat islam menyambut hari raya.. Seperti hari raya sebelum2 ni sama jer jalan ceritanya cuma sykur tahun ni wife aku dapat turut serta dalam solat sunat hari raya.. syukur jugak tahun ni raya tak jatuh pada hari dia dialisis..so dapat la dia beraya klu tak macam tahun lepas pagi raya aku kene hantar dia ke hospital kemudian aku yg menguruskan anak2 dan bersembahyang raya di Masjid Negeri..
 
Dalam kesempatan ni aku nak mintak maaf pada sesiapa yang rajin singgah kt blog aku ni Maaf Zahir Batin jika ada terkasar bahasa dan tersinggung hati dengan apa yang aku coretkan selama ni..semoga kalian semua diberkati Allah SWT...Amin...

Thursday, July 7, 2011

Susahnya hidup..


  • Betapa susahnya hidup yang sementara ini.
  • Betapa susahnya hidup, bila perkara yang begitu mudah bagi orang lain, susah untuk kita.
  • Betapa susahnya hidup, bila kita terpaksa pilih antara dua yang paling kita sayang.
  • Betapa susahnya hidup, bila hati kita terluka selalu.
  • Bila semua lihat kita ada apa yang kita mahu, tapi sebenarnya kita tak punya apa-apa.
  • Bila kita tengok mereka bersama dengan orang yang mereka sayang. Dan tiba-tiba dunia ini milik mereka. Dan mereka tersenyum puas.
  • Betapa susahnya hidup bila kita hanya mampu memandang.
  • Betapa susahnya hidup ini bila kita rasa baik saja hidup di dunia di sementara ini dipercepatkan. Tak payah lalui semua rasa perit.
  • Betapa susah kalau selalu rasa nak tamatkan semua. Tapi tak mampu.
  • Sesungguhnya manusia hanya layak menghadapi kebahagiaan dan bukan kesusahan. Tapi Tuhan buat ujian untuk manusia sebagai menguji ketabahan hati.
  • Semoga aku tabah dalam dunia yang sementara ini...
Hidup tidak selalu indah....  justeru, di situlah keindahan hidup!

    Thursday, June 2, 2011

    Aku bersyukur padaMU..

    Bila kita ketawa, org taktau itu hanya luaran.
    Bila kita menangis, org tertanya2 mengapa kita menangis.
    Bila kita sedih, org taktau apa punca kesedihan kita.
    Bila kita bahagia, ada jgk yg dengki dgn kebahagiaan kita.

    Apapun aku bersyukur, Tuhan beri aku peluang merasai semuanya.
    Aku tak pernah kesal dgn apa yg dah berlaku, malah aku berasa beruntung kerana Tuhan peduli pd aku. Sekurang-kurangnya, aku dpt mengecapi asam garam hidup dan pelbagai warna malah menjadikan perjalanan hidup ini penuh bermakna. Inilah nikmat dunia yg Tuhan kurniakan kpd aku. Biarpun hidup ini adalah pinjamanNYA tuk kita namun segalanya telah ku lalui dgn redha. Terima kasih YA ALLAH..aku bersyukur padaMU..


    Thursday, May 26, 2011

    Wednesday, May 4, 2011

    Selamat Pengantin Baru Encik Rabbit!

    30 April 2011 baru2 nie aku ada job kat Segamat, abang kepada kakak ipar aku kawin.. job kali ni aku pegi dengan penuh keyakinan sebab ada beberapa tips yg aku dah pelajari sewaktu menghadiri bengkel fotografi Adhadi di panggung Anniversary... so nilah gambar2 yg dpt aku upload kat sini.. next week job kat kolo pilah plak.. yang akan dtg ni mmg agak mencabar jugak la sebab eh ada buat video skali.. so, tunggu yo lah hasil eh..








    Tuesday, April 26, 2011

    Adhadi Potraiture Workshop | Tasik Perdana

    24hb april 2011 baru2 ni aku dapat join kelas fotografi Adhadi Mohd. dia buat workshop percuma untuk sesiapa saja yang nak tambah ilmu dalam bidang fotografi ni.. dan mmg ni pun yang aku tunggu2 sbb ramai otai2 bidang ni turut serta berkongsi ilmu dan pengalaman masing2 walaupun tak sepenuhnya sekurang2nya dapat membantu orang mcm aku ni menggunakan kamera dengan betul dan cara mengambil gambar melalui sedut yang betul.. sebelum ni aku belasah jer ingat dah cantik sgt dah tu rupanya cara aku tu ada yang tak betul..

    Dalam workshop ni byk tunjuk ajar yang diberikan tertama dari Adhadi sendiri dan kawan2 dia yang lain mcm Napie Mokhsin yang terkenal dengan shoot wedding dalam air tu, bro Ted Adnan yang famous dengan teknik cahaya.. dan ramai lagi la.. so ni lah hasil gambar yang dapat aku rakam pada hari tersebut...













    Memang agak penat skit pagi tu tapi cuaca sangat cantik dan yg penting satu pengalaman yg betul2 bermanfaat bagi aku as newbie dlm bidang nih..

    Monday, April 18, 2011

    Edit gambar manipulasi (menipulagi)

    Aku suke ambik gambo.. Sejak setahun aku pakai kamera mmg mcm2 aku explore.. dari ambik gambo suke2 sampai la ke majlis2 org kawen semua aku belasah... janji aku dapat satu kepuasan bagi diri aku.. Bila dah ambik gambo x semestinya gambo cantik terus.. disebabkan aku belum mampu nak pakai Canon 5D Mark II full frame, gambo yang aku ambik setakat lawa camtu jer..(lawa la sangat...) so, untuk membuatkan gambo tu lebih menusuk jiwa raga kene la edit.. aku sebenarnya cukup minat dengan kerja2 edit gambar yg aku ambik sendiri.. pastu letak kt FB bagi org komen.. kene tahan la dengan komen2 pedas diaorg kalau nak maju...

    Antara idola aku yg power2 edit bro Kukubesi, Sazlishot, Saiful Nang dan rakan2 sekerja yg byk membantu sebenarnya.. Terus terang aku cakap aku belum ada kesempatan lagi nak masuk mana2 kelas belajar sume2 nih.. apa yg aku buat skrg aku belasah jer.. kita bakor jer!!!




    So, ini la hasil kerja aku stakat ni.. akan datang sok kalau dah power mungkin aku jadikkan gambar2 ni sejarah di awal penglibatan aku dalam bidang ni yg sememangnya dah jadik minat aku sejak dulu2 lagi..

    Saturday, April 2, 2011

    Saturday, January 1, 2011

    Selamat datang 2011..


    Selamat Tinggal 2010.. Selamat Datang 2011.. Azam aku tahun ni nak jadik kaya.. (bole ker?) tak kaya pun x pe la janji aku dpt memperbaiki lagi aku punya income tahun ni.. mmg x mustahil kalau nak kaya.. tapi skrg biarlah aku kaya ngan budi bahasa dulu..hahaha..

    Danial dan Danish akan kembali bersekolah isnin ni... bagi diaorg mmg xde masalah nak sekolah masalahnya kita yg jadik mak bapak ni yg botak kepala.. diaorg punya kos nak sekolah x cukup seribu hingget.. dasat tul zaman skrg ni.. tu belum citer yuran sana sini ngan tiusyen & transport lagi tiap2 bulan.. tu kalau blajar tak pandai x tau la nak cakap.. dah byk abis duit ayah ngan ibu ko nih.. Belajar rajin2 ye nak..

    Tahun 2011 ni jugak keje aku dah bertambah.. makin berumur ni makin susah keje yg diaorg bagi aku.. tapi nak wat camner dah sebagai seorang kuli aku layan ajer la nak melawan pun x guna.. paham2 aje la kalau melawan ckp diaorg ni.. macam2 dia buat kita balik.. lantak korang la janji aku keje ikut mampu aku.. x larat aku mc.. jgn nak bising2 kt aku sok..

    Harapan aku 2011 ni aku nak pelbagaikan lagi sumber kewangan aku... x bole aku nak harap gaji keje Toyota aje.. silap2 nak tunggu gaji lagi sebulan nak makan roti canai pun x lepas.. hahaha.. Mudah2an aku berjaya dgn plan yg dirancang dipermudahkan segala urusan.. INSYAALLAH...

    Disclaimer

    All mp3's are up for promotion purposes only. They cannot match ORIGINAL quality, if you love the song, we strongly encourage you to buy their album for support. If you are authorized representator for respective artist/band and wish us to remove the file; please contact blog author by sending email to wak_ronaldo@yahoo.com

    This blog is part of author effort to promote & support the music. PLEASE DELETE THE FILE IN 24 HOURS AND BUY THE ORIGINAL ALBUM TO SUPPORT THE ARTIST AND INDUSTRY.

    About This Blog

    Lorem Ipsum

      © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP