ANDA DI MINTA MENINGGALKAN JEJAK SETELAH MELAYARI BLOG INI.. THANKS AND HAPPY SURFING!!!

Saturday, March 14, 2009

Sekadar Renungan...


1) Jauhi kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, jauhi orang yang gemar mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan.

2) Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca sifatnya mudah pecah dan terluka.

3) Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan.

4) Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak pernah kenal putus asa.

5) Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah.

6) Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta.

7) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

8) Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.

9) Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.

10) Jika kamu berada di rumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada ditengah orang ramai, jagalah lidah mu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu.

11) Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.

12) Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu..

Sedetik Adalah Sejarah!!!

No comments:

Disclaimer

All mp3's are up for promotion purposes only. They cannot match ORIGINAL quality, if you love the song, we strongly encourage you to buy their album for support. If you are authorized representator for respective artist/band and wish us to remove the file; please contact blog author by sending email to wak_ronaldo@yahoo.com

This blog is part of author effort to promote & support the music. PLEASE DELETE THE FILE IN 24 HOURS AND BUY THE ORIGINAL ALBUM TO SUPPORT THE ARTIST AND INDUSTRY.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP