ANDA DI MINTA MENINGGALKAN JEJAK SETELAH MELAYARI BLOG INI.. THANKS AND HAPPY SURFING!!!

Friday, March 26, 2010

Tips amik gambar wedding utk newbies macam aku..

Jejaka penyeri entry ni ada lah aku.. huahuahua..


Ada orang tanya aku tips untuk mengambil gambar wedding. Katanya nak ambil gambar kakaknya yang kahwin. Sebenarnya benda ni memang akupun tak belajar secara proper. Ia berdasarkan pemerhatian aku terhadap photographer2 yang lebih berpengalaman bekerja dan pengalaman aku menjalankan tugas.

Jadi aku rasa bagi tak menghampakan orang tu aku akan share tips yang berguna. Tapi oleh kerana aku malas nak fikir dan aku telah jumpa tips yang best dari blog.faisalrahim.com, maka aku copy paste apa yang dia tulis kat blog dia,keke. Semua kredit adalah untuk beliau :)

Berikut adalah tips untuk newbie (yang dah terer tak payah baca,haha) :

  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
  6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepas tu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
  10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.
Kesimpulannya, kerja ambil gambar ni bukan kerja mudah, tanggungjawab besar. Moment yang terlepas takkan dapat diulang lagi. Kemahiran mengendalikan kamera juga sangat penting. Kamera mahal belum tentu dapat capture moment yang best. Boleh jadi ia hanya kamera ofis yang dipinjamnya,hahaha. Bak kata cameraman, takkan nak suruh kahwin lagi sekali, orang lelaki sukalah,kekeke.

No comments:

Disclaimer

All mp3's are up for promotion purposes only. They cannot match ORIGINAL quality, if you love the song, we strongly encourage you to buy their album for support. If you are authorized representator for respective artist/band and wish us to remove the file; please contact blog author by sending email to wak_ronaldo@yahoo.com

This blog is part of author effort to promote & support the music. PLEASE DELETE THE FILE IN 24 HOURS AND BUY THE ORIGINAL ALBUM TO SUPPORT THE ARTIST AND INDUSTRY.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP